Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan

Sedekah Terbaik Adalah Di saat Senang


الحديث رواه أمام البخارى

قال رجل يا رسول الله , أى صدقة أعظم أجرا , قال أن تصدق ,أنت صحيح شحيح , تخشى الفقر وتأمل الغنى ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم قلت لفلان كذا أو لفلان كذا


Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Sedekah bagaimanakah yang mendapat pahala yang besar?

Rasulullah menjawab: Sedekah disaat kamu sihat atau senang.

kerananya sedekah disaat susah tidak ikhlas kerana sedekah disaat tersebut kamu bersedekah kerana takutkan kefakiran dan berharapkan kekayaan. Janganlah kamu bersedekah disaat nyawa dihalkum.tidak berguna lagi kamu mewasiat untuk si fulan sebanyak ini dan untuk si fulan pula sebanyak ini.

Ilmu Itu Cahaya, Jahil Itu Bahaya



Di akhir zaman ini ramai dari kalangan ahli abid tertipu dengan banyaknya ibadah yang dilakukan. Berlakunya ini semua kerana si ahli abid merasakan setiap ibadah yang dikerjakan tanpa menyandarkan perbuatan dan amalannya itu dengan izin dan rahmat Allah jua. Tanpa keizinan Allah, tanpa rahmat dan kasih sayang Allah serta tanpa kudrat dan Iradah dari Allah swt, kita semua lemah tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau tidak Allah izinkan, hendak gerakkan lidah untuk bertutur bicara pun kita tidak akan mampu apatah lagi untuk duduk bangun, rukuk, sujud menyembah Allah swt.

Maka patutkah kita berbangga dan sombong dan berasa hebat kiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu bangun malam beribadah dan banyak sembahyang sunat hingga kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah atau Allah yang hebat? Tentulah Allah yang hebat kerana Allah telah memberikan kita kemampuan untuk beribadah, kalau kita bersembahyang, berpuasa, menutup aurat, mampu menulis artikel dan sebagainya, apakah itu semua keupayaan kita? Tidak itu semua dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah tentu kita engkar dan sesat seperti orang lain juga.

Ingatlah, pembaca budiman kiranya kita angkuh, riak, ujub dan takabur dengan apa yang ada pada kita, tidak mustahil suatu hari Allah akan tarik balik nikmat-Nya yang dikurniakan kepada kita. Katalah ketika ini kita tergolong ke dalam golongan orang yang berharta, kaya raya, harta melimpah ruah kita pun tidak sedar diri. Kononnya kitalah manusia yang paling mewah dan kaya raya di dunia ini. Hasil dari sifat takabur dan angkuh itu sudah tentu kita menjadi seorang yang kedekut, bakhil, tamak dengan harta, mahu keluarkan sepuluh sen pun untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin fikir seribu kali.

Harta itu hanya pinjaman Allah, sekelip mata Allah boleh papa kedanakan si kaya yang sombong. Andaikata seseorang itu dikurniakan ilmu kepadanya sehingga dengan ilmunya itu jadilah dia orang terkenal, di sanjung di puja maka mulalah penyakit hati menyerang jantung kalbunya jadilah dia seorang ahli ilmu yang bongkak, rasa diri lebih, lebih bijak dari orang lain, pandangan dan pendapat orang lain semuanya salah, pandangannya sajalah yang tepat dan betul. Golongan ini sungguh tertipu dan rugilah ia kalau ia tidak cepat-cepat bertaubat.

Walaupun kita menjadi seorang alim ulama atau penulis artikel tapi itu semua bukannya membuktikan kehebatan kita, bukan juga kepandaian dan kepintaran kita tetapi itu semua rahmat dan pinjaman dari Allah semata-mata. Itu satu amanah dari Allah, di akhirat kelak Allah akan persoalkan.. ... “Ilmu yang penuh di dalam dadamu wahai hambaku..... ke mana kamu salurkan? Adakah untuk mengajak manusia menyembah Aku atau dengan ilmu itu engkau menyesatkan dirimu juga orang lain?” Alangkah malangnya ketika itu kiranya jawapan demikian kita persembahkan kepada Allah swt (kerana di akhirat nanti tidak boleh lagi kita berbohong dan berselindung apa-apa dari Allah): “Tuhanku, aku gunakan ilmu yang Engkau kurniakan untukku dahulu ke jalan kemurkaan-Mu, dengan ilmu itu kuambil peluang untuk mencari publisiti, cari nama dan kemasyhuran, cari kemewahan, memandang rendah dan hina pada si jahil yang sepatutnya aku yang bertanggungjawab membasmi kejahilan di dada hamba-hamba- Mu, semakin aku lupa pada-Mu, semakin aku ego, sombong dan rasa diriku tuan, malah bila orang lain sesekali buat kesalahan, aku hukum mereka, seolah-olah aku Tuhan.....”

Maka menangislah golongan ahli ilmu yang tertipu dengan ilmunya itu. Menurut Matan Zubat: “Ahli ilmu yang fasik akan dibenci Allah dan akan dihumbankan ke dalam lubuk neraka lebih dahulu daripada orang kafir penyembah berhala.” Wal ‘iyazubillah. Alangkah beruntungnya ketika Allah minta pengakuan dari hambanya di Yaumil Mahsyar kelak kita dapat menjawab sekurang-kurangnya begini: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya dengan ilmu yang Engkau kurniakan padaku, kugunakan sebaik-baik penggunaan. Aku mengajak manusia yang jahil ke arah kebenaran, aku menyeru umat manusia agar menyembah-Mu, sujud syukur pada-Mu, aku mengajak manusia beriman pada-Mu, pada Rasul-Mu dan pada hari kemudian, pada syurga dan neraka-Mu, kuajak lagi manusia agar berfikir tentang keagungan dan kehebatan-Mu menjadikan alam yang luas terbentang ini.....” Begitulah jawapan orang yang alim yang terpimpin lagi di kasihi Allah. Semakin berilmu semakin ia rendah diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain, seringkali merasakan dirinya tiada apa-apa hanya yang ada seribu kelemahan dan kekurangan. Inilah resmi padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah. Selamatlah golongan ini. Ilmu yang beginilah yang dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan.

Ilmu yang mengajak manusia mengenal dan mentauhidkan Allah. Bukannya ilmu yang semakin didalami semakin ia lupa pada Allah, semakin tinggi ilmunya semakin ia kufur dengan Allah. Tanda ilmu itu tidak berkat, semakin kita menuntut ilmu semakin angkuh dan sombong, samada dengan Allah mahupun sesama manusia. Semakin berilmu semakin rasa diri hebat, tidak langsung merasa hebatnya dan Maha Kuasanya Allah. Semakin menuntut ilmu, penyakit hati semakin tebal bersarang dalam dada seperti sombong, ego, riak, ujub, takabur, merasa diri mulia, memandang rendah pada orang lain dan sebagainya. Andai kata kita tidak sempat bertaubat sedangkan dalam diri kita penuh dengan penyakit-penyakit hati itu, ingatlah tempat yang selayaknya adalah lubuk neraka yang terbawah sekali. Lebih berat lagi para alim ulama yang tidak beramal dengan ilmunya dan tidak menyampaikan ilmu yang ada dalam dadanya pasti akan mendapat laknat Allah. Mereka masuk neraka lebih dulu dari penyembah berhala. Marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua menjadi ahli ilmu yang bakal menerangi alam fana ini dengan cahaya ilmu yang kita pelajari.

Sematkan dalam dada dan hati: “Aku akan membasmi kejahilan kerana kejahilan itu bahaya dan bisa menjerumuskan diriku ke neraka dan bisa menghancurkan perpaduan umat Islam di dunia ini.”

Catatan Kemenangan Ramadan


Ramadan merupakan penghulu bagi segala bulan. Ramadan juga adalah madrasah jihad dan kemenangan sepertimana yang dicatatkan di dalam lembaran sejarah Islam. Antara peristiwa besar yang terpahat di dalam bulan Ramadan adalah:

1. Permulaan Nuzul al-Quran
Penurunan al-Quran adalah titik mula peradaban manusia. Ia telah menghapuskan kegelapan Jahiliyyah dan memancarkan sinar keilmuan Islam melalui kalam Ilahi. Di sinilah bermula tertegaknya Tamadun Islam yang berpandukan kitab suci al-Quran.

2. Kemenangan Dalam Peperangan Badar
Kemenangan tentera Islam dalam peperangan Badar pada tahun ke-2 Hijrah membuktikan ketinggian iman dan ketakwaan kepada Allah SWT mampu mengatasi bilangan musuh yang jauh lebih ramai. Kemenangan ini menjadi suntikan kepada umat Islam untuk terus menegakkan agama Islam.

3. Pembukaan Kota Mekah
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadan tahun 8 Hijrah. Sebelumnya, Kota Mekah menjadi kota keagamaan bagi beberapa agama yang bersifat pagan, animisme dan tradisi masyarakat Quraisy. Sejarah pembebasan Kota Mekah menjadi kemuncak kepada kemenangan Islam khususnya kaum Mujahirin yang diusir oleh kaum kafir Quraisy.

4. Pengislaman Rombongan Dari Taif
Kedatangan rombongan Thaqif dari taif menemui Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan pada tahun ke-9 Hijrah untuk memeluk Islam

5. Kemenangan Dalam Peperangan Qadisiyyah
Peperangan Qadisiyyah menyaksikan kemenangan Islam menumbangkan Parsi pada tahun ke-15 Hijrah.

6. Penguasaan Andalusia
Pada tahun ke-91 Hijrah, Tariq bin Ziyad berjaya menguasai Kota Andalusia. Peristiwa ini adalah permulaan bagi bertapaknya Islam di benua Eropah.

7. Kemenangan Dalam Peperangan Zallaqah (The Battle of Zallaca)
Pada pagi Jumaat, bersamaan 25 Ramadan tahun 479 Hijrah, berlaku peperangan Zallaqah (satu kawasan tanah rendah yang terletak berhampiran Portugis). Dalam peperangan itu, tentera Islam di bawah pimpinan Yusuf bin Tashfin telah mengalahkan tentera Perancis, pimpinan Raja Alfonso VI

8. Kemenangan Ke Atas Tentera Salib
Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan Tentera Salib pada bulan Ramadan, iaitu pada tahun 584 Hijrah. Seterusnya, mereka berjaya mengambil semula bentang Safad.

9. Perang Ain Jalut
Kerajaan Mamalik mengalahkan pasukan tentera Tartar Monggol di Ain Jalut pada bulan Ramadan tahun 658 Hijrah.

10. Islam Sampai Ke Yaman
Rasulullah SAW mengutuskan Ali bin Abi Talib ke Yaman pada bulan Ramadan tahun ke 10 Hijrah, yang membawa kepada pengislaman penduduk Yaman.

11. Khalid al-Walid Meruntuhkan Berhala al-Uzza di Kaabah
Selepas peristiwa pembebasan kota Mekah, Rasulullah SAW telah memusnahkan 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadan pada tahun ke-9 Hijrah, baginda menghantar Khalid al-Walid untuk memusnahkan berhala al-Uzza di Nakhla.

12. Peperangan Yakhliz
Pada 15 Ramadan tahun 1294 Hijrah, tentera Islam di bawah pimpinan Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34 000 bala tentera telah menumpaskan tentera Rusia yang berjumlah 740 00 orang. Hampir 10 00 orang tentera Rusia terbunuh dalam peperangan itu. Ia menjadi kebanggan umat Islam yang sebelumnya diancam kerajaan Tzar di Rusia.

13. Tertawannya Garis Bar Lev
Kemenangan tentera Mesir dan Syria mengalahkan tentera Israel di Semenanjung Sinai pada bulan Ramadan tahun 1393 Hijrah. Ini menjadi pukulan hebat kepada tentera Israel yang cukup berbangga dengan kubu yang kebal itu.



Renungan
Sebahagian peristiwa di atas jelas, menunjukkan betapa tentera Islam makin bersemangat dengan kedatangan Ramadan. Ramadan dilihat sebagai satu bulan utk mengecas kekuatan ruh seterusnya mengalahkan nafsu syahwat. Kerana itulah mereka menuju ke medan jihad dengan diakhiri kemenangan.

Tentera Islam mempunyai kekuatan rohani dan jasmani berbanding tentera musuh yang cuma mempunyai kekuatan jasmani. Jiwa mereka kosong, hati mereka diselubungi ketakutan lantaran keberanian yang dizahirkan oleh tentera islam hasil daripada ubudiyyah mereka kepada Allah SWT.
Syeikh Dr. Fathi Yakan dalam bukunya, Maza Ya'ni Intima'i Li al-Islam menyebut, "Orang-orang yang terdahulu dari kita benar-benar mengetahui dan memahami bahawa dakwah mereka tidak akan mencapai kejayaan kecuali dengan jihad, pengorbanan, penyerahan harta kekayaan dan jiwa raga lantas merekapun mengorbankan diri dan harta benda mereka untuk perjuangan. Mereka berjihad pada jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Mereka mendengar seruan Allah yang menyeru mereka."
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran menyebut:-

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ
اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)".
(Surah At-Taubah ayat 24)

Sebaik sahaja mendengar seruan yang berupa ugutan itu, merekapun terus menyambutnya. Mereka membebaskan diri mereka dari segala sesuatu yang mereka cintai dengan penuh kerelaan hati malahan mereka bergembira dan merasa bahagia dengan janji setia yang mereka berikan kepada Allah.
Malah ada di kalangan mereka yang bertarung dengan maut tetapi masih menyeru:
"Maralah menuju Allah dengan tidak membawa sebarang bekalan."
Ada juga di kalangan mereka yang mengorbankan seluruh harta benda yang dimiliki dengan berkata:
"Aku tinggalkan untuk keluargaku Allah dan rasulNya."
Ada juga di antara mereka yang bermadah sedangkan mata pedang sedang berada di atas batang tengkuknya:
"Aku tetap tidak peduli. Asalkan aku seorang Muslim. Biarpun diriku dibunuh mati. Untuk Allah kematianku pasti"

Demikianlah yang telah terjadi kepada mereka, mereka berjihad dengan jihad yang benar, pengorbanannya besar, penyerahan diri yang sungguh - sungguh. Justeru, sewajarnya bagi umat Islam mengambil ruh Ramadan untuk meraih kemenangan yang besar samada menentang hawa nafsu atau benar-benar menjadi hamba Allah yang soleh.
 - Artikel iluvislam.com

Manusia Bertanya Al-Quran Menjawab


KENAPA AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 
  KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
  KENAPA RASA KECEWA? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." -Surah Ali-Imran ayat 139 
  BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Ali-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45  
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..... -Surah At-Taubah ayat 111  
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 
  AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! ".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

My Mother



I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي
Happy that you are aliveسرورا في محياك

How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري

CHORUS

obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
[is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيماني
And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
no human being loves anything like it به أحد من البشر
You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري
To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
and the branches will blossom with flowers ويزهو الغصن بالزهر

Amalan Yang Berguna Selepas Mati




Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.
1. Mendoakan dan memohonkan keampunan ::: Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya. “Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami.”
2. Bersedekah ::: Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?” Beliau menjawab, “Ya, dapat.”
3. Berpuasa ::: Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,”Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhn ya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan.
4. Haji ::: Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal. Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. ….tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran.”
5. Solat ::: Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu.”
6. Membaca al Quran ::: Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada….(nama almarhum dan almarhumah)

Bila Waktu Telah Berakhir




Bagaimana kau merasa bangga,
Akan dunia yang sementara,
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi,
Meninggalkan dirimu.
Bagaimanakah bila saatnya,
Waktu terhenti tak kau sedari,
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali,
Mengulangkan masa lalu.
Dunia dipenuhi dengan hiasan,
Semua dan segala yang ada akan,
Kembali padaNya.
Bila waktu telah memanggil,
Teman sejati hanyalah amal,
Bila waktu telah terhenti,
Teman sejati tingallah sepi.

Bentuk peribadi Islam melalui tadarus al-Quran


Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari)
 
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." (Hadis riwayat Abi Daud).



Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain.

Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain.

Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah hasil daripada tadarus ini menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus.

Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. Ia menjadi temannya yang akrab, menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya jika melakukan kesalahan. Generasi para sabahat r.a. lahir daripada keakraban ini. Bermula dengan keruntuhan akhlak dan moral sehingga digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah akhirnya menjadi peribadi insan yang mulia yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik.
Pun begitu, bertadarus tanpa beramal dengan isi kandungan al-Quran merupakan satu penyakit yang wujud di kalangan umat Islam yang merosakkan keperibadian muslim. Mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Firman Allah yang maksudnya: Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Al-Furqan: 30).
Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t  di dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: “Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,menyucikan ( jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah ( sunnah ),meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”

Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada tindakan itu lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman bin Auf. Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang sesat.
Oleh kerana itulah tadarus al-Quran merupakan satu amalan yang dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya para pendokong pejuang Islam supaya memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri.

 

Ramadhan: Penyucian diri kembali kepada fitrah

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.
Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
Yang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).  Surah al-Baqarah, ayat 185

Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT. Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadhan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Semoga Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas- TG

5 Rahsia Nikmati Ibadat Puasa


DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.


Menguatkan jiwa.

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.

Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.


Menyihatkan badan.


Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.


Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).


Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).

Bilakah Kali Terakhir Anda Menangis?


Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.
Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?
 
1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.

Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,
"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)
Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37

Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini." Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."
Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.
Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.
Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?

Let's Prepare for the Month of Ramadan

Ramadan, the blessed month is about to come. It is time to improve the self; Ramadan is the month which puts us in a situation that we must act rightly so that our fasting would be accepted by Allah (swt). This is why we are more serious when the blessed month of mercy arrives. But before we start preparing for the month of Ramadan we must allow ourselves to continue an act that we have done in Ramadan, at least one or two to carry this characteristic within you. The month of Ramadan is a chance to purify yourself from the ills that you may have done, it is a chance to carry this gift of Dhikr till the day you die!

Kelebihan Syaaban Dan Malam Nisfu Syaaban

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:
Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
3082399160_ff483124af
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
Doa ku 01
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
b'slmn
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Israk Mikraj


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
  •  Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
  • Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  • Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
  • Langit Ketiga: Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
  • Langit Keempat: Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
  • Langit Kelima: Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam: Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  • Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  • Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  • Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Ramai Abai Iktibar Israk Mikraj




     Jika di singkap sejarah awal mengenai berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian dari situ Nabi s.a.w diangkat oleh Allah sebagai satu jemputan khas daripada-Nya dengan menggunakan kenderaan bernama 'Buraq' menuju ke Sidratulmuntaha bagi menerima kefarduan solat fardu lima waktu, sebenarnya menggemparkan banyak pihak.

     Walaupun ia adalah peristiwa benar yang disebut dalam al-Quran, cara perlaksanaan itu menyebabkan golongan yang lemah imannya semakin goyang dan goyah untuk mempercayainya. Justeru berlakulah fenomena ramai di kalangan orang-orang makkah pada zaman awal kencundang akidah mereka untuk mempertahankannya daripada terus percaya apa yang disampaikan oleh baginda.

     Sesungguhnya Nabi s.a.w dipertontonkan Allah segala apa yang patut ditonton ketika menemui-Nya di langit yang teratas sekali. Ia bertujuan untuk memantapkan lagi keimanan yang sedia ada pada Nabi, di samping menjadi modal untuk diceritakan kepada mereka yang terus beriman atau menjadikan mereka yang longgar ikatan dengan akidah Islam mempertikai penjelasan baginda.

     Seusai semalaman Nabi di langit teratas itu, baginda pada keesokan harinya menemui orang-orang Makkah, sama ada yang Islam atau bukan Islam, untuk menceritakan pengalamannya bermusafir ke Masjidil Aqsa hanya berlaku pada satu malam, dengan harapan pengalaman baginda dengan segala modal tontonan yang disaksikan itu dapat menarik mereka untuk terus bersama Islam dalam apa jua keadaan.

     Namun andaian baginda meleset. Penjelasan baginda bukan sahaja tidak diterima, malah dikecamn hebat oleh mereka yang dengar ucapan baginda itu, kerana bagi mereka mustahil seseorang itu mampu sampai ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram dalam satu malam, sedangkan menurut pengalaman mereka ia perlu sampai dalam tempoh satu bulan sekurang-kurangnya.

     Mereka lupa, bahawa tidak ada yang mustahil bagi Allah, peristiwa Israk Mikraj adalah sekelumit sahaja daripada tanda-tanda kebesaran ciptaan Allah, sedangkan Adam a.s dahulu pun dijadikan Allah daripada tiada, inikan pula yang sudah tersedia ada cuma diolah dalam suasana yang berkaitan dengan akidah Islam.

     Mereka tetap tidak dapat menerima, walaupun baginda diminta untuk melakarkan kedudukan Masjidil Aqsa dan baginda berbuat demikian untuk membuktikan bahawa peristiwa itu benar-benar berlaku. Maka terdapat desas desus yang menyebut bahawa Nabi s.a.w ke sana hanya dengan roh sahaja, tidak dengan jasad, sedangkan al-Quran membuktikan bahawa perjalanan Nabi pada malam Israk dan Mikraj besrta roh dan jasad sebagai bukti tanda kehebatan Allah memperjalankannya.
Ringkasnya ramai di kalangan orang-orang Makkah dengan sebab peristiwa Israk Mikraj menjadikan mereka murtad, yang tidak Islam pula semakin jauh daripada Islam, kerana mereka merasa curiga terhadap pengkisahan yang dikhabarkan oleh baginda s.a.w. Apa pun dalam keadaan haru ciptaan mereka, tampil Abu Bakar dan beliau ditanya mengenai kepercayaannya terhadap apa yang disampaikan oleh baginda, lantas beliau menjawab : " Lebih daripada itu pun aku percaya" Nabi tidak menunggu lama untuk menggelarkan Abu Bakar sebagai as-Siddiq yang bermaksud -orang yang benar-benar percaya.

Tidak percaya Israk dan Mikraj?

     Allah berfirman  menerusi ayat 5-11 surah al-Lail (surah ke-92) yang bermaksud: "Adapun orang yang memberikan (segala hartanya untuk di jalan Allah iaitu Abu Bakar) dan membenarkan perkara yang baik iaitu pahala, Israk dan Mikraj, janji-janji Allah dan sebagainya, maka kelak nanti (di akhirat) Kami akan menyediakan jalan mudah baginya (ke syurga). Dan adapun orang yang bakhil dan merasakan dirinya sudah cukup serta mendustakan perkara baik, maka kelak Kami akan sediakan jalan  yang sukar baginya (ke syurga). Dan hartanya yang banyak itu sama sekali tidak bermanfaat untuknya apabila berlakunya kebinasaan (pada hari kiamat)

     Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Sayidina Abu Bakar yang mendapat gelaran as-Siddiq kerana membenarkan peristiwa Israk dan Mikraj adalah seorang manusia yang beroleh keuntungan yang besar pada hari kiamat, kerana sikapnya yang membenarkan itu membawa tuah untuknya dengan mendapat jalan mudah ke syurga Allah s.w.t.

     Tetapi persoalannya sekarang, bagaimana dengan manusia yang hidup pada hari ini yang mengecapi banyak nikmat Allah hingga ada yang memperolehi pendapatan luar biasa hingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan, tidak kurang pula yang mendapat nikmat-nikmat yang lain pemberian daripada Allah s.w.t, namun ramai juga yang masih menentang perintah Allah s.w.t termasuk tidak mempercayai berlakunya Israk dan Mikraj. Kalau pada zaman Nabi s.a.w mereka yang tidak mempercayai dengan mengatakannya melalui lidah-lidah mereka secara terbuka dan berterus terang, namun penolakan manusia  pada hari ini melalui tindakan atau bahasa badan (body language). Ini kerana segan untuk berterus terang nanti dikatakan pula oleh orang ramai sebagai musuh negara.

    Apa yang boleh kita saksikan secara 'live' penolakan manusia hari ini terhadap isi kandungan Israk Mikraj, antara lain :

    1. Menolak kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan umat Islam hari ini, sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, baginda mengetuai solat dua rakaat yang dimakmumkan oleh golongan para anbiya' sebelum berangkat menuju Sidratulmuntaha, ia merupakan satu pengiktirafan Allah s.a.w Yang Maha Berkuasa.

    2. Kedegilan ramai wanita Islam yang masih tidak mahu memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya termasuk seluruh anggota badan, sedangkan baginda telah di pertontonkan ramai golongan wanita yang akan menjadi penghuni neraka bersama suami atau ayah yang dayus. Penafian untuk memakai tudung kepala bagi wanita Islam  mencakupi seluruhnya termasuk isteri-isteri  pemimpin yang masih tidak mahu memakainya. Dan banyak lagi isu yang dikhabarkan oleh baginda dalam persoalan ini berkaitan dengan wanita.

     3. Masih juga terdapat di kalangan orang-orang Islam yang meninggalkan solat fardu lima waktu dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah, sedangkan Nabi bersama para sahabat tetap melaksanakannya walau dalam keadaan perang sekali pun. Tetapi manusia hari ini lalai untuk melakukannya kerana sibuk berhibur, menonton pertandingan bola sepak atau sukan-sukan kegemaran, mesyuarat, berniaga, berkarier dan sebagainya. Tidakkah semua itu menunjukkan bahawa mereka tidak percaya kepada Israk dan Mikraj baginda, kerana semuanya itu berlaku pada malam yang penuh yang penuh pengajaran dan pendidikan rohani. Sama-samalah kita perhatikan untuk keselamatan dunia dan akhirat kita selagi belum terlambat.

  

Rahsia Lima Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik tangan dan jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.


1. Genggam tangan kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

3. Lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil. Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

4. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

5. Naik kepada 'middle finger', jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

6. Beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

7. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas.