Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik tangan dan
jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.
1. Genggam tangan kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan..."Allahu
Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2. Luruskan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
3. Lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari
kelingking yang kecil dan kerdil. Seperti manusia dan apa sahaja akan
bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah
insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula
daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada
rebungnya".
4. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan
usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Pada ketika
ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu
dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan
kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah
dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
5. Naik kepada 'middle finger', jari hantu namanya. Zaman remaja
ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini
seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang
kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di
kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu
hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam
hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap
nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
6. Beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan
esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan
jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model
kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan
minda yang hebat.
7. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi
menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Cap jari. Kalau
dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu
kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda
patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam
semua jari dan angkat ibu jari ke atas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan