Ibnu Abbas r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya ahli syurga itu
muda semuanya, polos, halus, tidak ada rambut kecuali di kepala, alis dan bulu mata,
sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka
setinggi nabi Adam a.s enam puluh hasta, usianya bagaikan nabi Isa a.s 33 tahun,
putih rupanya, hijau pakaiannya, dan dihidangkan kepada mereka , maka datang
burung dan berkata : hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil, dan
makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan
dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.
Dan setiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza
warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin yang terukir pada
yang :
Pertama : Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu
Kedua : Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman
Ketiga : Itulah syurga yang diwariskan kepada mu kerana amal perbuatanmu.
Keempat : Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.
Kelima : Kami memberimu pakaian dan perhiasan
Keenam : Kami kahwinkan kamu dengan bidadari
Ketujuh : Untukmu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan
matamu.
Kelapan : Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin
Kesembilan : Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya
Kesepuluh : Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.
Abu-Laits berkata : Siapa yang ingin mendapat penghormatan itu hendaklah
menepati lima macam :
1. Menahan diri dari maksiat
2. Rela dengan pemberian yang sederhana
3. Rajin pada setiap taat dan semua amal kebajikan
4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka
5. Memperbanyakkan doa dan memohon masuk syurga dan husnul khatimah
Anas bin Malik r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : Di dalam syurga ada pasar
tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan
ketika di dunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang
kaya dan bagaimana keadaan sesudah mata dan lama masa binasa dalam kubur
sehingga sampai di syurga.
Nabi bersabda : Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan
bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang
di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak
kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak berhingus, sisir rambut mereka
dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gaharu yang harum, dan peluh mereka
kasturi, dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s
enam puluh hasta.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai
firman Allah tentang Thuba. Thuba ialah pohon di syurga yang dahannya dapat
menaungi tiap rumah di syurga, di dalanya berbagai macam buah, dan dihinggapi
burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan
segera jatuh di atas meja makannya, dan dapat makan di sayap yang sebelah berupa
dinding, dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang
kembali.
Mujahid berkata : Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan urat-urat
pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan
buahnya di bawah itu maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan
duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar.
Abu Hurairah r.a berkata : Demi Allah, yang menurunkan kitab pada nabi
Muhammad s.a.w : Sesungguhnya ahli syurga itu tiap saat bertambah elok cantiknya,
sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan