Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa
apa pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang
yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau
almarhumah.
1. Mendoakan dan memohonkan keampunan ::: Rasulullah s.a.w bersabda,
“Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya. “Ya
Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal di antara kami.”
2. Bersedekah ::: Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
“Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas
namanya?” Beliau menjawab, “Ya, dapat.”
3. Berpuasa ::: Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas
berkata,”Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah,
ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa
selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?,
Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhn ya
hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan.
4. Haji ::: Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang
perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya
ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai
dia meninggal. Apakah aku boleh berhaj
i
untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. ….tunaikanlah
(untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran.”
5. Solat ::: Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya,
Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku
berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku
berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w
menjawab, sesungguhnya perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau
solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka
dengan puasamu.”
6. Membaca al Quran ::: Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya
apabila pembaca al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w
mengharamkanmencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah
pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya
Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada….(nama almarhum dan
almarhumah)
0 comments:
Catat Ulasan