Memaparkan catatan dengan label ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ILMU. Papar semua catatan

Harga Sebuah Ilmu


Pada suatu ketika dalam sebuah perjalanan, Imam Ghazali dan kafilahnya telah ditahan oleh segerombolan perompak. Kesemua harta milik Imam Ghazali dan kafilahnya telad dirampas. Dengan rendah hati, Imam Ghazali meminta kepada ketua perompak agar dipulangkan beg galas miliknya kerana dia amat menyayangi kitab-kitab tersebut.
Lalu ketua perompak bertanya "Apakah yang terdapat dalam kitab-kitab ini?" Imam Ghazali menjawab "Ilmu", Ketua perompak bertanya lagi kepada Imam Ghazali " Adakah hilangnya kitab-kitab ini , bererti hilanglah ilmu?" Imam Ghazali berkata " Ya, kalau kitab ini hilang , bererti hilanglah ilmu. Oleh itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini."
Ketua perompak merenung wajah Imam Ghazali, lalu berkata "Apakah harganya ilmu yang hanya berada di dalam kitab? "
Kata-kata ketua perompak benar-benar membuatkan Imam Ghazali terkejut. Ia telah menyedarkan Imam Ghazali suatu perkara yang selama ini diabaikannya. Semenjak itu Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu didalam kitab-kitab miliknya.

Selalu Memohon Ampun


Kita  insan biasa..tidak pernah sunyi dari melakukan salah dan silap..tidak pernah suci dari noda dan dosa...tapi bagi kita ruang dan waktu untuk terus bertaubat dan mengubah kesalahan yang pernah kita lakukan..Berusahalah selagi masih ada peluang..

Abu Hurairah meriwayatkan , katanya ,"Saya pernah mendengar Rasulullah berkata , " Demi Allah! Saya memang memohon ampun dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70 kali sehari." -Direkodkan oleh Bukhori-
Abdullah bin Abbas meriwayatkan , Rasulullah pernah berkata, " Sesiapa yang sentiasa beristighfar,maka Allah akan menyediakan baginya jalan keluar bagi setiap kesusahan. Allah juga menyediakan baginya penyelesaian bagi setiap keresahannya. Allah juga memberikan kepadanya rezaki dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka." - Direkodkan oleh Abu Daud.-

Angka 7 Dalam Ciptaan-Ciptaan Allah

Global Warming Sebagai Cara Dajjal Untuk Keluar ?


"Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah tempoh masa tiga tahun yang sangat sulit, di mana pada waktu itu manusia akan ditimpa oleh kelaparan yang sangat. Allah memerintahkan kepada langit pada tahun pertama darinya untuk menahan 1/3 dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan 1/3 dari tanamannya. Kemudian Allah memerintahkan kepada langit pada tahun kedua darinya agar menahan 2/3 dari hujannya dan memerintahkan bumi untuk menahan 2/3 dari tanam tanamannya. 

Kemudian pada tahun ketiga darinya Allah memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya, lalu ia tidak meneteskan setitik airpun dan memerintahkan bumi agar menahan seluruh tanamannya, maka setelah itu tidak tumbuh satu tanaman hijaupun dan semua binatang berkuku akan mati kecuali yang tidak dikehendaki Allah. Para sahabat bertanya, "Dengan apa manusia akan hidup pada saat itu?" Beliau Shallallahu alaihi wa sallam menjawab, "Tahlil, takbir dan tahmid akan sama ertinya bagi mereka dengan makanan." (HR. Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Al Hakim, sahih . Lihat Ash-Shahihah no.2457)

Ada sebuah nubuwat yang benar-benar menggambarkan betapa dekatnya masa-masa keluarnya Dajjal dengan seluruh fenomena pemanasan global. Bencana kekeringan dan banjir yang sama, gempa bumi dan tanah runtuh yang terus beriringan, ribut taufan dan angin kencang yang memporak-perandakan bangunan, peningkatan suhu bumi hingga titik darjat tertinggi yang menimbulkan kematian secara besar-besaran, kesemuanya adalah sebahagian dari akibat yang ditimbulkan oleh pemanasan global .

Nabi Isa as akan Turun untuk menyelamatkan kaum muslimin dari kegelapan total akibat asap global

Dalam sebuah riwayat disebutkan:

Dajjal mengepung penduduknya. Saat itu sebahagian kaum Muslimin berlindung ke atas bukit-bukau dan pergunungan Syam. Kemudian Dajjal dapat mengepung mereka dengan menempati tempat asalnya. Sehingga, ketika cubaan dan kegentingan telah berlangsung lama menimpa kaum Muslimin, salah seorang di antara mereka kemudian berkata, 'Hai sekalian kaum Muslimin! Hingga bila-bila kalian dalam keadaan begini, padahal musuh Allah telah menjejakkan kaki di bumi kamu? Bagi kamu hanya ada dua pilihan, Allah mematikan kamu sebagai syuhada atau memenangi kalian! 'Kemudian mereka bersumpah setia (baiat) untuk mati-matian berjihad, yang hal itu diketahui Allah sebagai kejujuran dari diri mereka sendiri. Kemudian KEGELAPAN (zhulmah) menimpa mereka, sehingga tak seorang pun dapat melihat telapak tangannya. Kemudian Isa bin Maryam turun lalu membuka pandangan mata mereka. HR. Abdurrazzaq no. 20834

Dari hadis di atas dapat difahami bahawa ketika kaum Muslimin sedang berperang melawan Dajjal dan pengikutnya, di mana pada saat itu kaum Muslimin hampir mengalami kekalahan, maka tiba-tiba datanglah kegelapan (zhulmah) yang menyelubungi mereka semua, sehingga mereka tidak dapat melihat tangannya sendiri. Dari maklumat ini dapat diduga bahawa kemungkinan zhulmah atau kegelapan itu adalah kegelapan asap / kabut ad-Dukhaan yang datang akibat meteor menghentam bumi untuk.

Global Warming, bolehkah diselamatkan?

Isac Asimov dan Frederik Pohl dalam bukunya Our Angry Earth menulis: Sebahagian besar manusia sukar menyedari realiti kehancuran persekitaran hidup yang ada di sekitarnya. Ini kerana kemusnahan-kemusnahan alam sekitar itu berlaku serentak dengan proses-proses yang sedang mereka lakukan sendiri, yang sering "bertujuan" untuk membina masa depan. Padahal, yang terjadi adalah sebaliknya. Tragedi masa depan itu justeru sedang berjalan di depan kita dan kita sendiri yang menjalankannya.

Apa yang ditulis Asimov-Pohl benar. Pelbagai tragedi alam sekitar yang kini sedang berlaku-kenaikan suhu atmosfera bumi, pencemaran, deforestasi, dan mewabahnya penyakit berbahaya-sebenarnya merupakan hasil dari perbuatan manusia sendiri. Malangnya, sebahagian besar manusia tidak menyedari akan hal itu.

Akhir zaman yang telah dinubuwatkan; seperti senario sebuah drama dalam panggung kehidupan

Ibarat sebuah drama, kehidupan manusia saat ini sudah memasuki babak-babak terakhir. Kerosakan yang semakin bertambah parah dan manusia yang semakin kehilangan sifat kemanusiaannya adalah salah satu bukti fakta atas kenyataan ini. Manusia jahat semakin banyak, dan orang-orang yang bijak semakin langka. Bertikai dan membunuh demi kepentingan peribadi semakin marak terjadi.

Demi melihat seluruh realiti dan fakta yang ada, menjadi sangat sukar untuk mengatakan bahawa peradaban moden ini akan mencegah pemanasan global. Teknologi secanggih apapun tidak akan mempu menyetop pelepasan karbon. Hujan asid yang saat ini terus berlaku telah dinubuwatkan. Dengan kata lain, yang paling penting adalah bagaimana mengakhiri semuanya dengan sebuah akhir yang baik, husnul khatimah. Ya, 'biarlah' pemanasan global itu tetap berjalan, 'biarlah' global warming itu terus menghentam, 'biarlah' air laut itu terus naik dengan perlahan, 'biarlah' gempa bumi dan angin taufan itu menunjukkan tasbih dan tahmidnya kepada manusia, dan biarlah semua itu tetap terjadi (sebab semua itu adalah sunnatullah di alam ini), yang paling penting bagaimana agar kita selamat dari fitnah, selamat dari ujian, selamat dari semua musibah dan mati dengan khusnul khatimah. Wallahu a'lam bissawab. [Islampos / akhir zaman]

Pembahagian Ilmu Dalam Pendidikan Islam


 Pendidikan Islam mempunyai dua maksud.  Pertama pendidikan Islam Umum dan kedua pendidikan Islam khusus (Hasan Langgulug, 1995). Pendidikan Islam umum ialah pendidikan yang diberi kepada orang Islam dalam semua keadaan, seperti di sekolah, di rumah, di kedai, di hospital, di jalan dan lain-lain.  Ia termasuk dalam semua hal, dalam ekonomi, sosial, politik, teknik, pelajaran, permainan, sukan, pekerjaan dan sebagainya.  Pendidikan Islam khusus ialah mata pelajaran sekolah, iaitu yang termasuk di dalamnya ilmu-ilmu seperti Tauhid, Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak dan sebagainaya.  Jadi, bila disebut pendidikan Islam, ia tidak semestinya bermaksud mata pelajaran agama di sekolah, malah ia  bermaksud lebih luas lagi, iaitu segala usaha untuk mendidik orang Islam menjadi muslim.

            Dengan demikian, jelas kepada kita bahawa pendidikan Islam itu ialah satu usaha mendidik insan muslim melalui nasihat, pengetahuan, ilmu, penghayatan, contoh, sekolah, rumahtangga, masyarakat, alam sekitar dan lain-lain.  Mata pelajaran sekolah ialah Pengetahuan Agama Islam atau Agama atau Ilmu Agama, atau Pengetahuan Islam.  Pendidikan Islam sepatutnya terdapat dalam semua mata pelajaran sekolah yang disampaikan oleh semua guru yang beragama Islam, manakala ilmu Agama itu merupakan satu wadah dalam pendidikan. 

Hasil daripada kajian oleh Jawatankuasa Mengkaji Mata Pelajaran Agama Islam 1974 yang dilaporkan melalui Jawatankuasa Kabinet 1979, mendapati pendidikan Islam tidak berkesan atau kurang berkesan, kerana guru lebih mementingkan ilmu dan maklumat untuk lulus peperiksaan sehingga tidak sempat hendak mendidik (Zainal Abidin Abd. Kadir, 1994). Maka pada awal tahun 1980an ditukarkan nama Pengetahuan Agama Islam kepada Pendidikan Islam dengan harapan agar tercapai hasrat mendidik anak-anak orang Islam. Lanjutan daripada itu nama Kementerian Pelajaran pun ditukar kepada Kementerian Pendidikan, Bahagian Latihan Guru (BLG) ditukarkan kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam, dan lain-lain. 

Ini merupakan satu langkah yang baik, tetapi, jika guru tidak faham konsep pendidikan Islam dan tidak melaksanakannya seperti yang dihasratkan, apa yang dilakukan hanya memberi maklumat sahaja,  maka pendidikan Islam menjadi tidak   berkesan.  

            Sekolah merupakan institusi formal dalam proses memberi pendidikan Islam.  Pendidikan diberi berdasarkan disiplin ilmu.  Disiplin ilmu lslam khusus yang ada di sekolah ialah Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah serta Tilawah Al-Quran (Lihat sukatan pelajaran Pendidikan Islam menengah dan rendah, 1997).  Selain daripada itu, pendidikan Islam juga diberi secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum sekolah.  Seperti bekerjasama, budaya ilmu, solat berjamaah, amanah, kebersihan, mengikut peraturan, makan beradab, tepat masa, hormat guru, mengucap salam sesama Islam, ucapan selamat kepada yang bukan Islam dan banyak lagi.  Ini semua adalah pendidikan Islam.
            Matlamat akhirnya ialah melahirkan individu muslim  yang faham Islam dan faham ilmu-ilmu Islam, seterusnya menghayati ajaran Islam dalam hidupnya dengan bahagia, berkeluarga, bermasyarakat, bertamadun, serta mendapat kesejahteraan selepas matinya.

            Pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sahabat tiak terdapat disiplin ilmu seperti di atas.  Yang ada pada masa itu ialah Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w.  Semua itu sumber ilmu Islam, dan tidak pun disebut sebagai ilmu Tauhid, Feqah dan sebagainya.  Apabila membincangkan konsep ketuhanan, tentang kepercayaan kepada Allah dan hari Akhirat, maka itu Tauhid-lah namanya.  Apabila membaca ayat Al-Quran atau hadis Nabi s.a.w. yang menceritakankan tentang hal ibadat zahir, maka dari segi ilmu,  Feqah-lah namanya.  Demikianlah dengan yang lain.
            Selepas zaman sahabat, dan setelah ramai orang yang bukan Arab memeluk agama Islam, maka ulama mula merumuskan isi Al-Quran dan hadis dalam bentuk matan seperti yang ada sekarang.  Kitab hadis Imam Malik, Al-Muwatta, disusun mengikut tertib ilmu Feqah, iaitu bermula dengan hukum bersuci, solat dan seterusnya.  Beliau adalah golongan Tabi’in (golongan selepas sahabat).   Hingga ke hari ini, kebanyakan negara Islam  mempelajari Islam dalam bentuk ini.  Mana-mana kitab Feqah kita dapati sekarang disusun fihrisnya mengikut susunan ini

             Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.  Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. 
طلب العلم فريضة على كل مسلم
        Maksudnya:  “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam”
            Riwayat Ibnul Abdil Barr.

            Timbul persoalan; apakah ilmu yang wajib dituntut? Adakah ilmu agama sahaja atau ilmu-ilmu lain?  Dalam perbincangan ulama, Al-Ghazali (1988) menyebutkan bahawa kerana adanya Alif  Lam pada perkataan itu  ( العلم  ) maka ia menjadi ma’rifah.  Jadi ilmu yang wajib dituntut itu ialah ilmu agama sahaja.  Ilmu lain tidak sampai ke martabat wajib.  Walau pun demikian, Al-Ghazali (1975) membahagikan wajib itu kepada dua jenis, iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.  Ilmu Fardhu Ain ialah segala macam ilmu untuk mengenal Allah, mengetahui sifat-sifat Allah, mengetahui perkara ghaib, mengetahui cara beribadat, halal dan haram, mengetahui ilmu yang berkaitan dengan menjaga hati dan amalan hati, seperti sabar, ikhlas, hasad, ujub, takabur dan sebagainya.    Di sinilah lahir istilah-istilah ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawuf.  Di tampat yang lain  Al-Ghazali (1988) mengistilahkan dengan ilmu Mu’amalah dan ilmu Mukasyafah.  Semua ini dipanggil Ilmu Syara’.

            Ilmu Fardhu Kifayah ialah ilmu yang perlu diketahui untuk keperluan dan keselesaan hidup di dunia.  Tanpanya manusia menempuh kesusahan dan tidak dapat menyempurnakan tuntutan Fardhu Ain.  Contohnya seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, perindusterian, matematik, ekonomi, politik dan lain-lain.
            Maksud Fardhu Kifayah ialah cukup jika ada seorang daripada satu kumpulan orang Islam yang belajar ilmu itu dan semua orang dalam kumpulan itu terlepas daripada dosa.  Sebaliknya jika tidak ada seorang pun dalam kumpulan itu yang mengetahui ilmu ini, maka semua orang dalam kumpulan itu berdosa (Al-Ghazali, 1988).

            Perlu dijelaskan iaitu, yang dikatakan Fardhu Kifayah ialah tuntutan untuk menuntut sesuatu ilmu itu, tetapi apabila telah menceburi di dalamnya ia menjadi Fardhu Ain.  Bandingannya ialah seperti solat.  Mendirikan solat sunat hukumnya sunat, tetapi apabila mengerjakannya maka wajib mengerjakan semua rukunnya dengan sempurna.

            Dalam sistem pendidikan negara ini telah diajar kedua-dua jenis ilmu ini; Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.  Tetapi kefahaman tentang konsepnya masih kabur.  Pelajaran agama yang diajarkan dalam sekolah itu dikatakan Fardhu Ain, pelajaran lain dikatakan Fardhu Kifayah.  Pada hemat penulis, pelajaran agama yang dipelajari di sekolah itu belum lagi sempurna Fardhu Ain, malah ia merupakan asas Fardhu Ain.  Sebab itu Kementerian Pendidikan menamakan salah satu programnya bagi pelajar-pelajar Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dengan Penilaian Asas Fardhu Ain.  Maknanya, yang dipelajari itu baru asas Fardhu Ain, belum lagi Fardhu Ain yang sebenarnya. (Lihat Buku Panduan Penilain Asas Fardhu Ain (PAFA) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994).

            Menurut Al-Ghazali (1988), ilmu Fardhu Ain itu ialah ilmu yang wajib diketahui oleh setiap muslim semasa ia hendak melakukan sesuatu yang wajib.  Sesuatu yang wajib itu janganlah disempitkan kepada solat, puasa dan haji sahaja, malah banyak lagi perkara wajib yang kita lakukan setiap hari.

            Contohnya, membaca Al-Quran itu hukumnya sunat, tetapi bila membaca wajib betul sebutan makhraj dan sifat huruf serta barisnya. Untuk dapat menyebut dengan betul, wajib belajar kepada gurunya yang muktabar, maka timbullah di sini ilmu Tajwid.  Dengan itu bermakna, belajar ilmu Tajwid itu wajib apabila hendak membaca Al-Quran. 

            Berniaga adalah sunnah Rasul s.a.w., bekerja sebagai penaiaga ialah mencari nafkah, mencari nafkah adalah wajib hukumnya.  Hendak berniaga wajib ada ilmu.  Jadi, pada masa itu ia wajib belajar ilmu perniagaan.  Ilmu perniagaan di sini bukan bermaksud ilmu tentang untung rugi, ekonomi, simpan kira dan sebagainya, sebaliknya  ia bermaksud ilmu syariat.  Iaitu ilmu yang membicarakan tentang apa jenis benda yang boleh diperniagankan dan apa yang tidak boleh, apakah perniagaan itu ada unsur riba atau tidak, dan banyak lagi perkara yang berkaitan yang perlu di ketahui.

            Menjadi pentadbir, ahli politik, doktor, pegawai, jurutera, guru dan sebagainya, bukan wajib.  Asalnya Fardhu Kifayah, tetapi apabila telah mencebur diri di dalamnya ia menjadi Fardhu Ain. Kerana bekerja itu Fardhu Ain, sebab mencari nafkah. Semasa menjalankan tugas wajib menjalankannya dengan betul, jika tidak betul ia berdosa dan pendapatannya haram, untuk mengetahui betul atau tidak perlu ada ilmu, untuk mendapat ilmu kena belajar.  Jadi belajar itu Fardhu Ain, kerana hendak beramal, yakni bekerja mengikut syariat Islam.  Dan ilmu yang dipelajari pada masa itu ialah ilmu Fardhu Ain.

            Belajar di sini ialah untuk mengetahui apa perkara yang mesti dibuat semasa kita bekerja  dan apa pula perkara yang tidak boleh dilakukan, iaitu yang dilarang oleh syariat.  Inilah yang dikatakan ilmu Fardhu Ain, iaitu ilmu yang mesti diketahui oleh setiap orang Islam apabila ia hendak melakukan sesuatu perkara yang wajib.

            Semua ilmu ini (Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan Tahsiniyat) termasuk dalam bidang pendidikan Islam.  Iaitu mendidik setiap muslim, sama ada guru, kerani, polis, askar, pentadbir, jurutera, pegawai, petani, peniaga, pemimpin dan bermacam-macam jenis pekerjaan lagi, supaya menjadi seorang muslim yang beriman dan beramal, dan terdidik dengan pendidikan Islam.  Ia faham Islam, faham tuntutan Islam dan menghayatinya.  Ia faham tentang amanah yang diberikan kepadanya dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab.  Dan ia juga faham dan sedar bahawa setiap perbuatannya akan dibicarakan di hadapan Allah nanti di hari Kiamat.

            Inilah maksud pendidikan Islam seperti yang disebutkan oleh Al-attas (1979) dan Burlian Somad (1981).  Persoalannya ialah, apakah pendidikan Islam dalam sistem pendidikan hari ini menuju ke arah itu?  Atau pun masyarakat, termasuk golongan guru, masih kabur terhadap konsep dan kefahaman ini?

            Masyarakat guru, samada guru Agama atau bukan guru Agama, harus faham dengan sejelas-jelasnya konsep pendidikan Islam.  Jika betul-betul diamati dan difahami kita yakin bahawa semua guru yang beragama Islam ialah guru pendidikan Islam.  Pekerja dalam kawasan sekolah, kerani dan pengendali kantin juga pendidik Islam. Mereka sama-sama bertanggungjawab untuk mendidik murid atau pelajar yang beragama Islam di sekolah menjadi orang Islam. Seluruh orang dalam masyarakat, di rumah, di kedai, di dewan, di tempat kerja dan lain-lain adalah agen-agen pendidikan Islam dan  bersama-sama bertanggungjawab dalam pendidikan Islam, dalam erti kata menghidupkan iklim Islami, atau penghayatan Islam.  Maksudnya, jika ada sesuatu amalan atau pelakuan orang Islam yang terang menyalahi ajaran Islam, maka wajib membetulkannya dan menasihat.  Jika tidak dilakukan kita adalah bersalah dengan Allah Taala. Manakala guru Agama bertanggungjawab memberi ilmu Agama, kerana merka dipercayai mempunyai ilmu Islam yang mencukupi untuk tujuan pengajaran dan diberi tauliah untuk tujuan tersebut, dan dalam masa yang sama mereka juga mendidik. 

            Jika ini dapat difahami dengan saksama dan   dijalankan dengan baik dan teratuar, pendidikan akan dapat berjalan dengan cukup berkesan di sekolah dan dalam masyarakat.  Lanjutan daripada itu banyak masalah disiplin di sekolah dan dalam masyarakat dapat dikurangkan, kalau pun tidak dapat dihapuskan kesemuanya.

            Dengan cara inilah diharapkan matlamat pendidikan Islam akan tercapai dan masyarakat Islam akan maju seperti yang pernah berlaku pada kurun pertama dan kedua hijrah duhulu.

Kenali Makanan Jin




Tahukah kamu jin juga makan dan minum?

Daripada Ibnu Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "'Aku pernah didatangi jin dan aku pun pergi bersamanya, lalu aku membacakan al-Quran kepada mereka.' Ibnu Mas'ud seterusnya berkata, kemudian Nabi S.A.W. mengajak kami pergi dan memperlihatkan bekas jin dan bekas api mereka kepada kami. Mereka meminta bekal kepada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: 'Setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya adalah bekal kamu dan ia melebihi kelazatan daging dan setiap kotoran binatang adalah sebagai makanan bagi haiwan tunggangan kamu. Oleh sebab itu, janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan kotoran haiwan kerana ia merupakan makanan saudara-saudara kamu(jin).'"
                                                                                                   
                                                                                                       (Riwayat Muslim no. 450)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah bersabda: "Utusan jin pernah datang kepadaku. Mereka terdiri daripada dua kelompok. Alangkah baiknya jin itu. Kemudian mereka
meminta bekal kepadaku. Aku pun berdoa kepada Allah bahawa, tidaklah mereka mendapati tulang dan kotoran binatang melainkan ia adalah makanan mereka."                                                                                        
             
                                                                                                   (Riwayat al-Bukhari no. 3571)

Maka tahulah kita bahawa setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya semasa disembelih, sudah tentu ia menjadi makanan jin yang beriman. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan kita menyembelih tanpa bacaan basmalah(dengan nama Allah), sebab tulang yang tidak dibacakan basmalah ke atasnya akan menjadi makanan jin kafir.

Asap juga dikatakan antara salah satu makanan jin. Sebab itulah pembakaran colok dan kemenyan menjadi sinonim dengan aktiviti-aktiviti penyeruan makhluk halus yang membuatkan jin-jin tertarik dengan asap tersebut.

Apabila membincangkan tentang makanan jin, adanya soalan yang bertanya tentang "bagaimana jin memakan tulang yang dilemparkan dalam tong sampah, tetapi tulang itu tidak hilang dan nampak tidak terusik pun?" Ada para ulama' berpendapat bahawa para jin memakan makanannya dengan mencicip dan menghisap baunya.

Ini sahaja yang dapat dikongsi, semoga ia dapat menambah pengetahuan para pembaca sekalian.

Sumber:
-Artikel Makanan Jin karya Dato' Hj Ismail Kamus