1. Masih Mengenang
Kegemilangan Lalu
Ramai penuntut di
kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini
memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar
kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka
tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang
belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa
mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka
perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang
demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa
yang mereka sedang pelajari.
2. Kejutan Budaya
Penuntut yang masuk ke
kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan
budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa
mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah
tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng
kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh
pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah
bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu
diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu
yang diberi.
Kejutan budaya yang mendadak
ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri
mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan
menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh
menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang
digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan
kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada
kaedah belajar di sekolah.
Situasi sebenar: Seorang
penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon
bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya
berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam
10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga
semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun
pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka
terpaksa bertukar ke fakulti lain.
3. Memilih Atau Dipilih Oleh
Rakan-rakan Yang ‘Salah’
Bercakap melalui pengalaman
saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan
prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan
kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut
kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui
cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila
mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka
akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.
4. Hilang Semangat
Ramai pelajar belajar
bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti.
Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak
difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah
bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang
motivasi untuk belajar.
5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa
Untuk Mengambil Jurusan Tertentu
Contohnya, bidang perubatan.
Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi
masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek
perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui
pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat
berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian
di fakulti lain.
6. Belajar Bersendirian
Sewaktu menuntut di
kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab
utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:
Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam
subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak
Bekerjasama
Keadaan ini lazim berlaku
dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan
mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi.
Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu
bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa
memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu
atau semua tingkah laku berikut:
Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti
diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian.
Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang
merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang
untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota
berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang
mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita
memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita
memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka,
lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi
lima, ini yang kita panggil SINERGI.
by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA
0 comments:
Catat Ulasan