Tahukah kamu jin juga makan dan minum?
Daripada Ibnu Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"'Aku pernah didatangi jin dan aku pun pergi bersamanya, lalu aku
membacakan al-Quran kepada mereka.' Ibnu Mas'ud seterusnya berkata,
kemudian Nabi S.A.W. mengajak kami pergi dan memperlihatkan bekas jin
dan bekas api mereka kepada kami. Mereka meminta bekal kepada Nabi
s.a.w. Baginda bersabda: 'Setiap tulang yang disebut nama Allah
keatasnya adalah bekal kamu dan ia melebihi kelazatan daging dan setiap
kotoran binatang adalah sebagai makanan bagi haiwan tunggangan kamu.
Oleh sebab itu, janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan kotoran
haiwan kerana ia merupakan makanan saudara-saudara kamu(jin).'"
(Riwayat Muslim no. 450)
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah bersabda: "Utusan jin pernah datang
kepadaku. Mereka terdiri daripada dua kelompok. Alangkah baiknya jin
itu. Kemudian mereka
meminta bekal kepadaku. Aku pun berdoa kepada Allah
bahawa, tidaklah mereka mendapati tulang dan kotoran binatang melainkan
ia adalah makanan
mereka."
(Riwayat al-Bukhari no. 3571)
Maka tahulah kita bahawa setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya
semasa disembelih, sudah tentu ia menjadi makanan jin yang beriman.
Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan kita menyembelih
tanpa bacaan basmalah(dengan nama Allah), sebab tulang yang tidak
dibacakan basmalah ke atasnya akan menjadi makanan jin kafir.
Asap juga dikatakan antara salah satu makanan jin. Sebab itulah
pembakaran colok dan kemenyan menjadi sinonim dengan aktiviti-aktiviti
penyeruan makhluk halus yang membuatkan jin-jin tertarik dengan asap
tersebut.
Apabila membincangkan tentang makanan jin, adanya soalan yang bertanya tentang "
bagaimana jin memakan tulang yang dilemparkan dalam tong sampah, tetapi tulang itu tidak hilang dan nampak tidak terusik pun?" Ada para ulama' berpendapat bahawa para jin memakan makanannya dengan mencicip dan menghisap baunya.
Ini sahaja yang dapat dikongsi, semoga ia dapat menambah pengetahuan para pembaca sekalian.
Sumber:
-Artikel Makanan Jin karya Dato' Hj Ismail Kamus
1 comments:
Adalah baiknya kalau disertakan dengan resm arab, hadis asalnya.
Catat Ulasan