Benarkah hukuman Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana masih ramai ummat Islam yang tidak memahami hukuman tersebut ?
15. Saya juga sarankan kepada semua pembaca bagi mendalami soal hukum
Hudud ini dengan mengambil langkah pro aktif mempelajarinya secara
langsung justeru ia adalah sebahagian dari ilmu Islam wajib dipelajari
oleh ummat Islam. Zaman moden ini terlalu banyak kaedah dan kemudahan
untuk mempelajari ilmu Islam ini. Terpulang kepada kesungguhan kita.
16. Masjid
dan surau juga boleh mengambil langkah yang sama untuk membuka kelas
pengajian berkait Perlaksanaan Hukuman Hudud secara bersiri
menggantikan kuliah maghrib yang kadangkala hanya bersifat tazkirah
biasa atau pengajian yang telah berulang kali dipelajari
seperti bab bersuci, haid, nifas, solat dan haji tanpa saya menafikan
pengajian itu juga penting untuk diulangkaji.
17. Saya
tegas menasihati mereka yang tidak mengetahui dan mendalami
pengetahuannya mengenai hukum Hudud ini agar tidak membuat ulasan dan
kenyataan berasas fikiran sendiri apalagi menafsir hukum Hudud secara
bukan - bukan dan jauh tersasar dari konteks hukum Hudud yang sebenar.
Kelak ia akan memudaratkan diri kita sendiri apabila berdepan dengan
kemurkaan Allah swt ekoran pandangan dan ulasan yang bertentangan
dengan kehendakNya.
18. Jahil
mengenai hukum Hudud tidak boleh menjadi hujjah bahawa hukum Hudud
tidak boleh dilaksanakan sebagaimana jahil mengenai solat tidak boleh
menjadi hujjah solat tidak boleh ditunaikan. Ini kerana hukum
Hudud samalah seperti kewajipan Islam yang lain justeru ianya telah
dinaskan di dalam al Quran dan Sunnah sementara hukum Hudud juga telah
digazet dan dilaksanakan oleh Rasulullah saw sejak hari pertama
Baginda saw memerintah bumi Madinah al Munawwarah.
19. Malah
perlaksanaan undang - undang negara hari ini yang merupakan fotostat
dari undang - undang penjajah telah dilaksanakan dalam negara kita
sejak mula negara merdeka tahun 1957 yang lalu, tanpa perlu pun
menunggu rakyat memahami undang - undang tersebut. Bahkan
mengikut kaedah perundangan, sesuatu undang - undang itu tidak
terbatal hanya kerana pesalahnya tidak mengetahui undang - undang
tersebut atau dalam erti kata lain, pesalah itu tidak mengetahui bahawa
apa yang dilakukan itu adalah suatu kesalahan di sisi undang - undang
sekalipun, ia tetap tertakluk kepada undang - undang tersebut.
20. Apatah lagi undang - undang Islam yang telah siap drafnya melalui
al Quran dan Sunnah secara muktamad untuk diguna pakai sepanjang
zaman, malah telah digazet dan dilaksana sejak mula Islam memerintah
di bumi Madinah al Munawwarah lebih 1400 tahun yang lalu. Pula terlalu
banyak kitab dan buku yang dikarang oleh para sarjana Islam bagi
membantu ummat Islam memahami undang - undang Islam ini di sepanjang
zaman. Kalau kita tidak mengetahuinya, maka ia bukan salah undang -
undang tersebut tetapi kecuaian kita kerana gagal mempelajari dan
memahami undang - undang tersebut.
21. Alasan kononnya ramai
ummat Islam tidak memahami hukum Hudud maka ianya tidak sesuai
dilaksanakan pada hari ini adalah helah bermadah yang cukup strategik
untuk tidak melaksanakan perintah Allah swt. Ajaibnya, ramai
ummat Islam tidak memahami undang - undang British yang diamalkan
dalam negara kita hari ini, tetapi sesuai pula dilaksanakan ?
seperkara lagi , masih adakah ummat Islam hari ini yang tidak tahu zina
itu salah, mencuri itu salah, membunuh orang itu salah, minum arak itu
salah ? atau ia adalah bertolak dari kedegilan untuk patuh pada
perintah Allah swt ?
0 comments:
Catat Ulasan