Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi;
hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh
haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang
mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)
Selamat Hari Guru kepada semua guru. Jasamu akan dikenang sepanjang
hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang
engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru
kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan
lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan
nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun
katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini
seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah
negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini
seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika
hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh
seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah
di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah
guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin
bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang
diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi
kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Selamat Hari Guru!!!...
وَلِيَعۡلَمَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ
فَيُؤۡمِنُواْ بِهِۦ فَتُخۡبِتَ لَهُ ۥ قُلُوبُهُمۡۗ وَإِنَّ ٱللَّهَ
لَهَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬
Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu
mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu
mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka
mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang
beriman ke jalan yang lurus.
(Surah Al-Hajj 22: Ayat Ke 54)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan