KEHADIRANMU DINANTI
Selamat datang wahai
Ramadan, bulan yang penuh dengan kerahmatan,keampunan dan keberkatan. Terlalu
banyak tawaran yang ditawarkan oleh Allah dalam bulan Ramadan.
Pahala berganda dan
keampunan Allah terbuka luas. Ubadah bin Samit r.a. meriwayatkan bahawa pada
suatu hari ketika Ramadan hampir tiba Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
:" Telah datang kepadamu Bulan Ramadan, di mana Allah melimpah ruahkan di
dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu,
memakbulkan doa-doa kamu.”
Inilah tawaran yang
cukup hebat disebabkan bulan Ramadan yang mulia ini. Bulan yang membawa sejuta
rahmat, keampunan dan mudahnya doa dimakbulkan serta pelbagai lagi
tawaran Allah sempena
Ramadan. Justeru sekiranya manusia tahu akan kelebihan bulan ramadan ini, sudah
tentulah mereka akan mengharapkan sepanjang tahun adalah Ramadan.
Sempena dengan
kedatangan Ramadan pada tahun ini, marilah kita merebut peluang keemasan ini
dengan menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadat kerana ganjaran pahala
dan upahnya amat besar. kalaulah kita diumpamakan sebagai seorang pekerja dan
ditawarkan dengan upahnya yang lumayan, sudah tentu pekerja itu tidak akan
melepaskan peluang yang ada. Dia pasti akan bekerja besungguh-sungguh. Oleh itu
jadilah pekerja yang beruntung. Mudah-mudahan Allah menyirami hati kita dengan
nur hidayah sehingga menjadikan hati-hati kita amat merindui dan mencintai
Ramadan. Jika belum terdetik sedikitpun perasaan itu di dalam hati, maka
mohonlah kepada Allah dengan keberkatan
Ramadan supaya Allah
pancarkan nur hidayahNya untukmencintai Ramadan.
Puasa Tapi Tidak Solat
Kita semua tahu bahawa
agama itu adalah satu ajaran yang menyeluruh dan tidak harus dipilih atau
dipisahkan. Sebab itu Rasulullah SAW menggambarkan ibadat solat seperti
tiang agama manakala
ibadat lain pula seperti atap, dinding dan sebagainya. Tentulah tidak dinamakan
rumah sekiranya ada dinding tanpa tiang dan atapnya kerana ibadat itu bila
sudah sempurna rukun
dan syaratnya maka dikira sah tetapi tidak cukup dan belum sempurna. Maknanya
ia dikira sah sahaja dan belum tentu diterima Allah SWT kerana belum ada asas
dan tiangnya. Di mana kita boleh dirikan dinding tersebut selagi tiangnya belum
ditegakkan? Begitulah contohnya lebih kurang apabila seseorang itu hanya
berpuasa tetapi tidak bersolat dan sebagainya. Demikian juga mereka yang
beriman dengan separuh dan sebahagian ajaran al-Quran dan kufur dengan
sesetengah ajaran yang lain. Renungi firman Allah SWT sebagai balasan-Nya
kepada mereka yang bersikap demikian iaitu firman-Nya bermaksud:
Maka tidak ada balasan
kepada mereka yang berlaku demikian (beriman dengan setengah kitab dan kufur
dengan setengah yang lain) selain kehinaan di dunia ini dan pada hari akhirat
nanti dia
akan ditolak ke dalam
azab seksa yang sangat hebat dan Allah tidak pernah lupa tentang segala
perbuatan kamu".
(al-Baqarah ayat 85)
Kemungkinan besar
ibadat puasa tersebut tidak diterima kerana dilakukan bukan ikhlas kepada-Nya
tetapi hanya sebab lain. Ini kerana sekiranya seseorang beribadat semata-mata
kerana Allah, pasti solat juga dilakukannya dengan ikhlas dan tidak dapat
dipisah-pisah begitu, kerana semuanya adalah kewajipan dan perintah Tuhan yang
menciptakannya. Biasanya mereka yang tidak ikhlas tidak dapat berpuasa dengan
baik dan sempurna, malah dia makan atau minum jika ada kesempatan di mana-mana.
Sebab itu puasa ini adalah ibadat yang Allah saja dapat memberi balasan pahala
kerana ianya merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya. Justeru itu, Nabi
dalam hadis qudsi bersabda bermaksud:
" Segala amalan
manusia ini dia sendiri yang punya (boleh dilakukannya sesuka hati) melainkan
puasa sahaja, yang aku punya, maka Akulah yang dapat membalas dan
menilainya"
HR Muslim.
Kewajipan
Berpuasa
" Wahai
orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Surah Al Baqarah : 183
Bagi orang-orang Islam
yang beriman, bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh
setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi
begitu banyak manfaat
dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang
tahu dan menghayatinya.
Keutamaan Ramadan
Terdapat puluhan hadis
Rasulullah SAW yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan puasa di bulan
Ramadan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak, malah
ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia
ini.
Antara Fadhilat dan
Kelebihan Berpuasa di bulan Ramadan.
Dibuka pintu-pintu Syurga.
Ditutup segala pintu Neraka.
Dirantai segala Syaitan yang menggoda manusia.
Fadhilat yang
lain-lain
Mereka yang berpuasa dengan dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan
dihapuskan dosanya yang telah lalu.
Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaannya oleh Allah SWT.
Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan
apabila bertemu dengan Allah pada hari akhirat kelak.
Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT.
RAIHLAH PAHALA
SEBANYAK MUNGKIN
Salah satu roh yang penting dalam puasa ialah mewujudkan
rasa kebersamaan dengan orang yang kurang bernasib baik. Puasa membolehkan kita
yang berkemampuan merasa apa yang dirasai oleh
golongan yang tidak
berkemampuan menikmati makanan dan minuman yang mencukupi setiap hari.
Bayangkan, kita menahan diri secara sukarela sedangkan
peti-sejuk kita dipenuhi makanan, kabinet dapur kita sendat dengan pelbagai
bahan, tetapi mereka yang kurang bernasib baik terpaksa berlapar kerana mereka
tidak mempunyai wang untuk membeli walaupun makanan yang asas seperti beras dan
minyak. Kita masih boleh bergembira kerana kita tahu, lapar kita sekadar adalah
seketika, sementara menunggu berbuka tetapi bagi mereka entah malam ini, entah
esok belum pasti ada cukup makanan untuk seisi keluarga.
Memberi makan kepada orang yang lapar adalah tugas mulia.
Dari Abdullah bin Amr r.a ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya
kepada Rasulullah SAW.
“Ya Rasulullah amalan
apakah di dalam Islam yang baik”. Rasulullah SAW menjawab: “Memberi makan
(orang yang lapar) dan member salam kepada orang yang kalian kenal mahupun
tidak kalian kenal”.
( Hadis Riwayat
Bukhari )
“Barangsiapa memberi
makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang
berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya”
( Hadis Riwayat Ahmad
dan at-Tirmizi )
Marilah sama-sama kita merealisasikan salah satu roh puasa
ini dengan menyumbang sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita
untuk membantu golongan yang tidak bernasib
baik. Pelbagai cara
boleh dilakukan. Banyak peluang kini dibuka. Pokoknya tepuk dada… tanyalah iman
kita. Jangan lepaskan peluangpeluang beramal di depan anda berlalu begitu
sahaja, raihlah sebanyak
mungkin pahala
sementara Ramadan masih ada….
Tetamu Istimewa
Bagaikan menanti tetamu istimewa datang ke rumah, segala
persiapan yang lebih dari biasa juga akan kita lakukan. Tidak cukup dengan
hanya mengemas rumah bahkan membeli perhiasan baru atau membuang habuk-habuk
pada siling yang sebelum ini tidak pernah dibuang. Semua ini dilakukan hanya
untuk menyambut tetamu istimewa itu. Apatah lagi apabila tetamu istimewa itu
telah tiba. Pasti kita akan melayaninya dengan lebih istimewa.
Begitu juga dengan Ramadan. Sepatutnya, ketibaan bulan
yang sering kita sebut sebagai tetamu istimewa ini disambut dengan lebih luar
biasa, lebih istimewa. Namun, persiapannya berbeza dari perspektif ibadah,
tarbiyah. Jika sebelum ini Al-Quran bukanlah setiap hari dibaca disebabkan
kesibukan, persiapan menyambut Ramadan membuatkan kita lebih berusaha untuk
bukan sahaja membaca malahan mentadabbur Al-Quran setiap hari. Jika sebelum ini
jarang sekali untuk kita bersedekah, sekarang bersedekah menjadi antara amalan
utama. Dan begitu juga dengan amalan-amalan lain supaya amalan-amalan ini akan
terus konsisten dan semakin bertambah ketika Ramadan tiba.
Namun begitu, jika difikirkan kembali, persiapanpersiapan
yang dilakukan seperti situasi-situasi di atas hanya akan dilakukan jika kita
mengenali dan mencintai tetamu itu.
Persoalannya, adakah
kita benar-benar mengenali Ramadan yang menyebabkan Ramadan mampu menjadi
‘booster’ bertambahnya amalan, meningkatnya takwa. Adakah kita
benar-benar mengenali
Ramadan atau kita hanya mengetahui tanpa menghayatinya?
“Bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan dan membezakan
antara yang benar dan salah….”
Surah Al-Baqarah:185
Inilah antara istimewanya Ramadan. Bulan di
manamanual-manual perjalanan kita semasa di dunia untuk kembali ke rumah asal
kita di syurga diturunkan. Bukan itu sahaja, kitab
Injil, Taurat dan
Zabur juga diturunkan pada bulan ini. Terbukti kasih Allah kepada hambanya
kerana Dia tidak membiarkan kita terkapai-kapai mencari sendiri jalan yang
penuh dengan persimpangan. Persoalan pokoknya, adakah kita benarbenar mengikut
manual yang ditunjukkan Al-Quran?
Madrasah Ramadan
PUASA menurut syariat adalah menahan diri daripada
perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari,
dengan disertai dengan niat kepada Allah. Semua perintah Allah yang
disyariatkan pastinya mempunyai faedah dan manfaatnya, begitu juga dengan
segala larangan-Nya yang pasti ada kemudaratannya. Dari segi kesihatan, puasa
dapat menghindarkan penyakit. Sepertimana kita tahu, dewasa ini manusia
meninggal dunia disebabkan oleh pemakanan.
Hadis Nabi juga menyebut bahawa perut adalah rumah
penyakit dan puasa adalah raja segala ubat. Seharian kita berpuasa telah
mendidik perut kita hanya
menerima makanan pada masa yang ditetapkan sahaja.
Jika hari-hari biasa, merata tempat
kita manusia menikmati hidangan makanan tanpa
mengira masa selagi mata belum terpejam. Jadi perut pun bekerja tanpa rehat.
Para penyelidik ilmu perubatan juga mengakui bahawa puasa dapat membuang toksin
dari badan dan secara tidak langsung meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam
melawan penyakit. Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan
proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi
dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja
penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang,
otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk
dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak.
Ini
menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan
member peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti- aktiviti yang
menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Pendapatan lumayan
Puasa mengandungi pelbagai hikmat dan prinsip agama
yang mampu memandu manusia menghadapi hari-harinya di dunia untuk mendapatkan
hasil lebih lumayan di akhirat kelak. Puasa mempunyai waktu yang khusus untuk
melakukannya. Puasa yang dilakukan tidak pada waktunya yang tepat akan
terbatal. Ketepatan ini meliputi masa mengikut bulan dan hari. Puasa kita
mengajar kita menepati masa, tarikh
permulaan bulan Ramadan dan kedatangan Syawal.
Puasa menyuruh kita menghormati ketepatan masa sahur dan masa berbuka. Menepati
janji dan masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan
kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan
lagi. Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset dan bernilai dalam
hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi
keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa “masa
itu emas”.Kepentingan masa dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran
sepertifirman-Nya bermaksud:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di
dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan
sabar.” (Surah al-Ashr, ayat 1
hingga 3)
Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada
menyebut, maksudnya:
“Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak
memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.”
Kita perlu menyedari bahawa setiap detik yang
dilalui adalah perjalanan hidup yang tidak akan kembali. Manusia kadang kala
leka menyambut kedatangan musim baru, sedangkan di sebalik kelekaan itu
ada panggilan ajal yang bakal menanti tidak lama
lagi. Manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang
diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap
segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh
umurnya di dunia. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari
Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang
dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya diusaha dan
dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh
badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi).
Masuk Secara Percuma
Ramadan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka
yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadan merupakan masa untuk
menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan
ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan. Rasulullah SAW telah
menggariskan empat amalan yang
digalakkan dalam bulan ini iaitu :
Melazimkan bacaan kalimah Taiyibah ( Baik )
Beristighfar ( Memohon Ampun )
Memohon memasuki Jannah
Berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam.
Di dalam hadis dinyatakan bahawa jika seseorang
menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan
seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.
Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan
istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar
daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada
segala kesedihan. Malahan sesiapa yang
memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak
pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti
"astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar
ini.
Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa
berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa
menjauhkan kita daripada ancaman api
neraka. Ramadanlah masanya yang paling sesuai untuk
memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan
syaitan. Justeru, sebagai umat yang sentiasa
mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan
ganjaranganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai
hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali
dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang
ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi
peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan
bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima
tawaran ini? Fikirkan.
Perihal Dosa
Ustaz Mohd Zawawi bin Jusoh telah menukil beberapa
pandangan ulama berkaitan dengan dosa untuk sedikit tatapan dan panduan kita
semua agar menjauhinya.
Dosa
besar.
Iaitu dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan
hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan
sunnah Nabi SAW. Menurut al-Zanabi dalam bukunya al-Kabair, ada dinyatakan
sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti
berikut:
Empat
jenis di hati iaitu syirik, terus menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa
aman daripada seksa Allah.
Empat
jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita
baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
Tiga
jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
Dua
jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
Dua
macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
Satu
di kaki iaitu lari dalam peperangan.
Satu
di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.
Dosa
kecil iaitu dosa yang tidak tersebut di atas.
Dosa
kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus menerus.
Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil
apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila
disertai dengan istighfar. Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang
menganggap remeh dosa,
Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya
seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak
gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat
dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir
begitu saja."
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Orang yang bergembira dengan dosanya Allah
berfirman maksudnya: "Dan apabila dikatakan kepadanya:
"Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang
menyebabkannya
berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka
Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang
seburukburuknya."
(Surah al-Baqarah: 206)
ihsan: spi bpk
0 comments:
Catat Ulasan