Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan".
Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas
menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia
ini.
Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan.
Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.
Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda :
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan.
Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka
segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu
seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000
bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka
sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)
"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)
"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas
mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh
Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)
Marhaban Ya Ramadan.
Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.
سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر
0 comments:
Catat Ulasan