Daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: " Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada
orang yang tidak hadir."(Riwayat Al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)
Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan
semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya
jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Justeru
janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan
memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia
lainnya. Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari
kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia
menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya:"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)
atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar
pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan
janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan
sebabnya engkau akan binasa." (Riwayat Al-Bazzar)i)
Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi
Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan
bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin
hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.
ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan
seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan
kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan
ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya
kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.
iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau
yang dipanggil masyarakat sebagai 'bodoh sombong' maka mereka adalah
golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan
yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang
ambing dan tenggelam dalam kesesatan.
قَالَ لَهُ ۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدً۬ا
Nabi
Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau
mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang
menjadi petunjuk bagiku?
(Surah At-Kahf 18: Ayat ke 66)
0 comments:
Catat Ulasan