Bab ilmu manusia itu hanya sedikit |
عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا أَنَا أَمْشِي
مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي خَرِبِ الْمَدِينَةِ وَهُوَ يَتَوَكَّأُ عَلَى عَسِيبٍ مَعَهُ فَمَرَّ بِنَفَرٍ مِنْ الْيَهُودِ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ سَلُوهُ عَنْ الرُّوحِ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا تَسْأَلُوهُ لَا يَجِيءُ فِيهِ بِشَيْءٍ تَكْرَهُونَهُ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَنَسْأَلَنَّهُ فَقَامَ رَجُلٌ مِنْهُمْ فَقَالَ يَا أَبَا الْقَاسِمِ مَا الرُّوحُ فَسَكَتَ فَقُلْتُ إِنَّهُ يُوحَى إِلَيْهِ فَقُمْتُ فَلَمَّا انْجَلَى عَنْهُ قَالَ وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ الرُّوحِ قُلْ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتُوا مِنْ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا |
Dari Al Qamah dari Abdullah r.a. katanya : "Pada suatu ketika aku sedang berjalan bersama Nabi s.a.w. melalui tempat runtuhan di Madihan dan beliau s.a.w. bersandar pada tongkat dari pelepah tamar, kemudian lalu (melewati) sekelompok kaum yahudi. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain "Tanyakanlah sesuatu kepadanya, iaitu perihal roh" Sebahagian yang lain berkata : "Ah jangan bertanya apa-apa kepadanya sebab ia tidak datang ke sini dengan membawa sesuatu yang kamu semua menjadi benci kerananya" Sebahagian lain pula berkata : "Cobalah tanya, sungguh-sungguh, ini harus kau lakukan". Selanjutnya berdiri seorang lelaki itu lalu berkata: "hai Abulqassim ertinya Bapak Qasim, sebab beliau s.a.w. mempunyai anak lelaki bernama Al Qasim apakah roh itu" Beliau s.a.w. lalu berdiam. Aku yakin Abdullah berkata bahawa beliau s.a.w.. tentu sedang diberi wahyu, maka aku pun berdirilah. Setelah jelas adanya wahyu itu, kemudian beliau s.a.w. bersabda: membacakan isi wahyu yang baru diterima: Ertinya : "Orang-orang itu sama menanyakan kepadamu perihal roh. Katakanlah : "Roh itu adalah termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu semua diberi ilmu pengetahuan itu melainkan hanya sedikit saja" |
Hadis sahih riwayat Bukhari |
Ilmu Manusia Itu Hanya Sedikit
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan