Wajib Melaksanakan Hukum Hudud
6. Para alim ulama' telah memudahkan kita dengan menggariskan kategori ilmu dan syariat Islam seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud
adalah sebahagian dari undang - undang Jenayah Islam. [ Bahagian yang
lain ialah Qisas dan Ta'zir. Insyaallah bahagian Qisas dan Ta'zir akan
saya jelaskan di lain kesempatan.] Lantaran itu ia adalah sebahagian
dari kesempurnaan Islam yang selayaknya dipelajari, difahami, dilaksana
dan dihayati.
7. Inilah keistemewaan Islam sebagai
agama yang syumul dan lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan
manusia termasuklah soal perundangan. Ianya wajib dilaksana sebagaimana kita wajib menunaikan solat, puasa dan ibadah yang lain. Firman Allah dari surah an Nisa' ayat 105 menjelaskan kewajipan ini .
إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ
النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا
"Sesungguhnya
Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan
membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut
apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan
janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat"
8. Kewajipan melaksanakan hukum Hudud ini adalah berpaksi kepada prinsip perundangan Islam untuk memelihara :
a] Agama : melalui undang - undang murtad
b] Nyawa : melalui undang - undang qisas
c] Aqal : melalui undang - undang arak dan minuman yang memabukan
d] Keturunan : melalui undang - undang zina
e] Harta benda : melalui undang - undang curi dan rompak.
[ semua jenis undang - undang ini akan diperincikan kemudian ]
9. Hari ini ummat Islam berhadapan dengan peningkatan serius indeks
kadar jenayah. Bermula dengan jenayah riddah [murtad], jenayah bunuh,
jenayah zina, jenayah rompak samun dan sebagainya. Tiada siapa yang
dapat nafikan betapa graf kadar semua jenis jenayah ini semakin
meningkat dari masa ke semasa dan ia gagal ditangani oleh undang -
undang yang dicipta oleh manusia. Persoalannya, kenapa tidak, kita
melaksanakan undang - undang Islam yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan
yang mencipta manusia ? sedang pastinya undang- undang Allah swt lebih
berkesan untuk menyelesaikan masaalah manusia sebagai makhluk yang
diciptaNya.
10. Ummat Islam dan pemimpinnya mesti
mencari 1000 jalan untuk membolehkan syariat Islam ini didaulatkan di
atas negara kita yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Bukan
mencari 1000 alasan atau dalih untuk mengelak diri dari melaksanakan
perintah Allah swt. Jika British Law boleh dilaksanakan sekian
lama dalam negara kita sedang hampir tiada penduduk tetap negara kita
berbangsa British, kenapa masih ada sebahagian dari kita yang begitu
prejudis terhadap perlaksanaan hukum Islam [hudud] sementara majoriti
penduduk negara kita ialah mislim. Hayati Firman Allah swt dari surah at Taubah ayat 63 :
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَن يُحَادِدِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَأَنَّ
لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ذَٰلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيمُ
"Tidakkah
mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah)
Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam
serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang
besar"
0 comments:
Catat Ulasan