@Jika
anda seorang guru pernah tak pelajar anda yang gagal memebri alasan
“masa tak cukup lah cikgu”cewahhhhh dia punya alasan.masa pulak yang
dipersalhkan.maknya kalau bagi masa lebih dia boleh jawab lah
tue..eleksss konon jer tue..Kepada semua pembaca sekalian anda
seharusnya memgang prinsip ini “Orang
yang hebat,Orang yang Cemerlang,Orang yang Berjaya,Mereka akan mencipta
peluang,mencipta harapan dan mencipta 1001 jalan bagaimana untuk maju
kehadapan. ”.Manakala “Orang yang Gagal adalah orang yang selalu
lemah,lesu malas dan mereka ini biasanya akan mencipta 1001 ALASAN.”..Persoalanya
kenapa ini berlaku??Sebenarnya banyak factor yang
mempengaruhi.Walaubagaimanapun jangan lah kita menjadikan itu sebagai
alasan. Berikut telahpun saya senaraikan antara
7 KESILAPAN TERBESAR YANG biasa DILAKUKAN OLEH PELAJAR
@DEKAT NAK EXAM barulah nak cari Kertas Soalan Percubaan
@DEKAT NAK EXAM barulah nak kaji format,dan soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan.
@DEKAT NAK EXAM barulah nak cari soalan ramalan dan “”Hot-hot topic” yang kononya sebagai persediaan terakhir
@DEKAT NAK EXAM barulah sibuk nak hantar anak-anak ke kelas tuisyen,seminar dan macam-macam kem motivasi
@DEKAT NAK EXAM barulah nak buat nota-nota ringkas,
@DEKAT NAK EXAM barulah nak pergi tanya cikgu tajuk-tajuk penting.
@DEKAT NAK EXAM barulah nak buat jadual waktu,buat pembahagian masa dan macam-macam lagi.
Disini
jelas kepada kita kurangnya pendedahan dengan Soalan-soalan Bertaraf
Peperiksaan menyebabkan ramai dikalangan pelajar terkandas.bukan
bermakna buku teks yang anda pakai tidak bagus,buku latih tubi yang anda
belikan tidak bagus..bukan!!!!!.bukan itu maksud saya.buku teks,buku
latihan latih tubi tetap penting untuk memberikan asas yang kukuh kepada
kita.saya umpamakan Soalan latihan ini sebagai masa
yang anda habiskan untuk training dengan pasukan bola sepak anda.jika
hanya training sahaja sebenarnya belum mengcukupi lagi.Ini kerana
suasana latihan dan dan dalam perlawanan sebenar sama sekali
berlainan.Jadi jika anda mahukan sebuah pasukan bola sepak yang
mantap,sebelum menghadapi perlawanan yang sebenar anda haruslah
mengadakan seberapa kerap perlawanan persahabatan.lagi hebat lawan yang
anda jumpa lagilah bagus.Dari sini anda akan Belajar selok belok tentang
sesuatu perlawanan.Perumpamaan ini samalah juga dengan apa yang anda
belajar bagi matapelajaran Pend. Islam disekolah anda.soalan latihan/buku
teks yang cikgu sekolah anda berikan itu umpama anda training untuk
pasukan bola sepak anda sahaja.cukup ker???jawapanya sama sekali
tidak..Anda perlukan perlawanan persahabatan yang berkualiti
tinggi..Perlawan persahabatan ini adalah Soalan-soalan bertaraf
peperiksaan seperti Soalan Percubaan negeri dan Soalan peperiksaan
sebenar…Dari sinilah anda akan Belajar selok belok,format Soalan,soalan2
yang kerap keluar dan sebagainya.oleh itu bermulahlah sekarang.buatlah
persediaan.sebanayk mungkin latihan dan juga tidak lupa mencuba
Soalan-soalan Bertaraf peperiksaan dari SEKARANG!! (April).janganlah tunggu
bulan 8 baru nak start buat.ermm kata orang “Perjalan yang berbatu
jauhnya,sebenarnya bermula dengan satu langkah.”.Mudah-mudahan langkahan
kecil anda bermula sekarang akan memberikan satu impak yang sangst
besar dikemudian hari..amiinn..
0 comments:
Catat Ulasan