Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-
01.Mengulangkaji:
Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar
menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada
pembacaan sahaja.
Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa
cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami
konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis
isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang
dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota
ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.
02. Membuat rujukan:
membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang
dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan
boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan
majalah.
Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.
Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)
03. Membuat latihan:
Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau
menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.
0 comments:
Catat Ulasan