HIMPUNAN SELAWAT

1. KELEBIHAN  BERSELAWAT :

    1. Ia merupakan salah satu amalan paling utama.

    2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.

    3. Jaminan mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat serta
        syafaat Nabi Muhammad SAW.
  
    4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir

    5. Selamat daripada huru-hara hari kiamat

    6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah

    7. Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada
        perhisaban yang rumit.

    8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.

    9. Dikasihi oleh Nabi SAW dapat turut serta mendampingi baginda
        di syurga kelak.

   10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala
         di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
 ______________________________________________________


2. JENIS-JENIS SELAWAT

               



































  "Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam
   atas penghulu kami Muhammad SAW semoga
   dengan berkat selawat itu Engkau lepaskan kami
   daripada segala bencana dan musibah, Engkau
   tunaikan segala hajat kami, Engkau bersihkan
   kami daripada segala kejahatan dan Engkau
   tingkatkan kedudukan kami setinggi darjat,
   Engkau sampaikan tujuan kami dalam hidup kami
   dan sesudah mati kami. Maha Suci Engkau, kami
   tidak akan dapat menghitung puji-pujian kepadaMu
   sebagaimana bilangan yang Engkau memuji
   kepada zatmu sendiri. Maka bagi-Mu segala
    puji-pujian hingga Engkau reda. Dan bagi-Mu
    segala puji apabila Engkau telah reda. Dan
    bagi-Mu segala puji selepas keredaan."





0 comments:

Catat Ulasan